Cara Cepat Hamil

Gaun pengantin yang di pakai Kate Middleton hanya berharga RM346 di China

BEIJING: Lebih 700 kilang baju perkahwinan dan kedai di Tiger Hills, di bahagian lama bandar raya Beijing, merancang menawarkan pakaian pengantin seumpama isteri Putera William, Duchess of Cambridge Kate Middleton yang direka Sarah Burton dari syarikat Alexander McQueen dengan kadar yang murah.

"Kami sudah meniru banyak pakaian sebelum ini, dan tukang jahit kami meniru gaun Puteri Diana dengan 80 peratus hampir sama," kata pengurus pengeluaran kilang pakaian perkahwinan, Bo En Qiao, Xu Xiang, 24.
 Di belakang beliau, 20 pekerja sibuk menyiapkan gaun bersulam menggunakan imej pengantin diraja itu yang diletakkan dalam skrin monitor sebagai panduan.
 "Kami mengambil masa 15 hingga 20 hari untuk menyiapkan versi pakaian perkahwinan diraja terkini itu yang hanya dijual dengan harga £70 hingga £90 (RM346 hingga RM445)," tambahnya. Harga baju pengantin sebenar Middleton bernilai £38,000 (RM188,000).
Foto AFP

Akhbar Telegraph melaporkan dengan harga terbabit, tentunya gaun pengantin tiruan China itu tidak disediakan tiga kain dalam berenda, renda bersulam tangan menggunakan teknik 'carrickmacross' atau kain satin berwarna putih gading dengan kualiti sama.

"Sudah tentu kami akan menggunakan bahan yang lebih murah," kata Xu.
Bagi layah sepanjang 2.7 meter pula, Xu berkata pihaknya akan membuatnya jika diminta pelanggan.
 "Kami boleh membuat layah sepanjang gaun Puteri Diana. Kami pernah membuat layah sepanjang 18 meter sebelum ini," katanya.

Bandar romantik Suzhou yang dipenuhi taman tradisional China menjadi satu daripada pusat pakaian pengantin di
China. Ramai pengantin datang untuk membeli gaun dengan harga serendah £20 (RM99).

thumbnail Title: Gaun pengantin yang di pakai Kate Middleton hanya berharga RM346 di China
Posted by:Togok Emerald
Published :2011-05-01T23:33:00-07:00
Rating: 3.5
Reviewer: 5 Reviews
Gaun pengantin yang di pakai Kate Middleton hanya berharga RM346 di China
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori Selebritis dengan judul Gaun pengantin yang di pakai Kate Middleton hanya berharga RM346 di China. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL https://demit88.blogspot.com/2011/05/gaun-pengantin-yang-di-pakai-kate.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Demit88 - Minggu, 01 Mei 2011

Belum ada komentar untuk "Gaun pengantin yang di pakai Kate Middleton hanya berharga RM346 di China"

Posting Komentar